Pemandu cedera kereta rempuh kedai makan

Pemandu cedera kereta rempuh kedai makan

KEADAAN kereta yang merempuh kedai makan di Kilometer 68, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor, Tapah, Perak semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta dipandunya merempuh sebuah kedai makan di Kilometer 68, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, pemandu kereta jenis BMW berusia 37 tahun itu turut melanggar tiang lampu di tepi jalan hingga patah.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ekoran terbabas sendiri semasa kereta itu dalam perjalanan dari Bidor ke Tapah.

“Siasatan mendapati, kereta itu terbabas dan melanggar tiang lampu di tepi jalan sebelum terperosok masuk ke dalam kedai makan di tepi jalan.

“Bagaimanapun, semasa pegawai penyiasat tiba di tempat kejadian, pemandu kereta itu tiada dan laporan polis hanya dibuat di Balai Polis Bidor pada pukul 12 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya