MAFI serius bendung penyakit haiwan ternakan - Ronald Kiandee

MAFI serius bendung penyakit haiwan ternakan

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berganding bahu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) untuk membendung penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan menjangkiti haiwan ternakan iaitu lembu dan kerbau.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, usaha tersebut adalah untuk mencegah kemasukan virus LSD kepada ternakan hidup.

“Untuk makluman, MAFI melalui DVS telah mengambil tindakan segera mengaktifkan survelan menerusi DVS negeri serta MAQIS untuk menjalankan pemeriksaan ke atas ternakan di ladang-ladang dan premis kuarantin.

“Menurut beliau, tindakan pengawalan dan pencegahan LSD adalah melalui prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Penyakit Berjangkit dan SOP Pengurusan Ternakan di Lapangan,” katanya ketika lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor.

Dalam lawatan itu juga, Ronald meninjau kelangsungan rantaian bekalan makanan di lapangan ketika tempoh penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dan telah dilanjutkan hingga 28 Jun 2021.

Pada masa sama dalam lawatan itu, Ronald mengingatkan penternak untuk mempertingkatkan amalan perladangan yang baik dari aspek biosekuriti, kebersihan ladang, kawalan makhluk perosak, sumber air bersih dan sumber makanan daripada pengilang yang mempunyai pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP).

“Kawalan, pencegahan, dan pembasmian yang cekap dan bertanggungjawab oleh semua pihak berkepentingan adalah sangat penting bagi memastikan penularan LSD di Malaysia dapat dibendung bagi memastikan pengeluaran ruminan tidak terjejas dan menjamin kelestarian industri ruminan negara.

“Ini juga penting memandangkan Tahap Sara Diri (SSL) daging lembu masih berada pada sekitar 22.3 peratus dan negara masih bergantung kepada import bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Ronald meninjau industri penternakan menerusi projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh usahawan Mohamad Rasfanjani Mashugi di Unit Peladang Kampung Tebuk Jawa, di bawah PPK Bernam Jaya yang berjumlah 250 ekor.

Projek ini bermula pada tahun 2020 dilaksanakan secara usahasama antara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS), PPK Bernam Jaya dan usahawan, Mohamad Rasfanjani.

Pemasaran lembu dilaksanakan oleh PPK Bernam Jaya berjalan lancar setakat ini bagi memenuhi keperluan daging segar di pasaran dan juga untuk keperluan Hari Raya Aidiladha kelak bagi aktiviti korban dan aqiqah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya