Isytihar keluar PKR, keanggotaan Rafizi, Nik Nazmi tergugur - Fuziah

Isytihar keluar PKR, keanggotaan Rafizi, Nik Nazmi tergugur – Fuziah

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FuzieALING JAYA: PKR mengesahkan keanggotaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas kedua-duanya mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, parti telah menerima rakaman ucapan kedua-dua pemimpin berkenaan yang mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing serta keluar daripada parti.

Beliau berkata, tindakan tersebut menyebabkan keanggotaan mereka tergugur selaras Fasal 9(1)(c) Perlembagaan PKR.

“PKR menerima hasrat tersebut dan mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti, maka tergugur keanggotaan mereka dengan pengisytiharan keluar parti.

“Pengisytiharan itu juga bertepatan dengan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan sekiranya seseorang ahli Parlimen tidak lagi menjadi anggota parti politik yang diwakilinya ketika dipilih ke Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fuziah berkata, pihaknya juga akan merujuk dua kes Ahli Parlimen itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai status mereka sebagai Ahli Parlimen berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa sama, katanya, PKR juga akan menentukan status keanggotaan ahli Parlimen lain yang hadir ke program berkenaan.

Dua bekas Menteri Kabinet itu sebelum ini mengumumkan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara semasa majlis pengumuman hala tuju politik di PJ Performing Arts Center, hari ini.

Mohd. Rafizi dan Nik Nazmi juga mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing serta meninggalkan PKR berkuat kuasa esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN