Lelaki tampar Presiden Perancis boleh didenda RM228,000 - Utusan Malaysia

Lelaki tampar Presiden Perancis boleh didenda RM228,000

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang lelaki yang menampar muka Presiden Perancis, Emmanuel Macron dihadapkan ke mahkamah dan berdepan denda sebanyak 39,000 pound (RM228,000).

Lelaki itu berdepan pertuduhan melakukan serangan terhadap pegawai awam yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun.

Lapor Mirror, Penganggur, Damien Tarel, 28, melakukan perkara itu kerana mendakwa Macron terpalit dengan banyak tindakan yang mencetuskan kontroversi.

Dia memberitahu mahkamah di Valence asalnya berniat membaling telur atau krim tart terhadap ahli politik itu.

“Saya rasa kepemimpinan Macron sangat teruk di negara ini. Sekiranya saya mencabar Macron untuk bertarung di bawah terik mentari, saya ragu-ragu dia akan sahut cabaran itu,” katanya

Macron ditampar semasa menyantuni orang ramai di kampung Tain-l’Hermitage, Drome yang terletak di selatan negara itu, Selasa lalu.

Macron berjalan kaki untuk berjumpa pemilik restoran dan golongan pelajar bagi melihat keadaan mereka menjalani rutin harian semasa pandemik Covid-19.

Menurutnya, tindakan itu adalah ganas dan mengancam prinsip demokrasi.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.