MARDI perkenal dua varieti baharu benih padi

MARDI perkenal dua varieti baharu benih padi

MOHAMAD Sabu pada majlis pengisytiharan varieti padi Clearfield MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi Felcra Berhad, Seberang Perak di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Institut Penyelidi­kan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperke­nalkan dua varieti baharu padi yang memiliki ketahanan pe­nya­kit lebih baik dan mengeluarkan lebih banyak hasil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, varieti baharu MR CL3 dan MR CL4 itu adalah hasil kerjasama strategik MARDI dan Syarikat BASF Sdn. Bhd. bermula sejak 20 tahun lalu.

Katanya, usaha itu bukan sa­haja mencetuskan teknologi ino­vatif yang sesuai dengan ca­baran semasa, malah menjadi model kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan industri padi dan beras negara.

“Kedua-dua varieti ini mempunyai ketahanan terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai serta dapat dimanfaatkan di dalam program inisiatif KPKM yang sedang dijalankan seperti penanaman lima kali dua tahun dan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

“Selain itu, kelebihan MR CL3 dan MR CL4 ialah matang awal iaitu selama 99 hari dan 102 hari dengan potensi hasil melebihi tujuh tan sehektar,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Clearfield MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi Felcra Berhad, Seberang Perak di Kampung Gajah, di sini semalam.

Menurut Mohamad, kaedah pengkomersilan varieti baharu itu dilaksanakan melalui Sistem Pengeluaran Clearfield merangkumi varieti padi, racun rumpai khas Trek dan panduan penggunaan teknologi.

Katanya, ketiga-tiga kompo­nen itu digabungkan bagi menjamin kelestarian teknologi dan mencapai matlamat untuk menangani masalah padi angin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN