Ibadah korban dibenarkan di Sabah, SOP ketat - Utusan Malaysia

Ibadah korban dibenarkan di Sabah, SOP ketat

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, solat sunat Aidiladha dibenarkan dengan jumlah 1/3 daripada keluasaan ruang utama solat atau 50 orang jemaah dengan syarat setiap jemaah sudah menerima dua dos vaksin.

Untuk ibadah korban pula dibenarkan selama empat hari (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah) di semua kawasan kecuali di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 serta kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tujuan pelaksanaan.

Beliau berkata, ibadah korban boleh dilakukan di rumah sembelihan, kawasan lapang dewan serta di masjid atau surau dengan kelulusan pihak berkuasa agama negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pejabat kesihatan daerah.

Bagi pelaksanaan sembelihan di masjid atau surau, tidak boleh melebihi daripada lima ekor sehari kecuali kambing dibenarkan 10 ekor.

“Pengecualian bilangan haiwan ini diberikan sekiranya proses dilakukan di rumah penyembelihan yang dibenarkan.

“Jumlah petugas pula tidak boleh lebih 20 orang sehari dengan syarat sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Masidi berkata, jamuan petugas hanya dibenarkan dalam bungkusan dan aktiviti memasak di kawasan penyembelihan tidak dibenarkan.

Bagi agihan daging korban pula tidak dibenarkan dilakukan di kawasan masjid atau surau sebaliknya melalui penghantaran dari rumah ke rumah.

Hari Raya Aidiladha dijangka diraikan 20 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya