Hampir 1,000 ditahan ingkar SOP - Utusan Malaysia

Hampir 1,000 ditahan ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam merekodkan 982 individu dicekup dengan seramai 933 dikompaun manakala 49 lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi masih lagi tidak memakai pelitup muka dengan 222 kes diikuti gagal merekod butiran diri di premis iaitu 150 kes, merentas kawasan dan makan di premis (133), tiada jarak fizikal (125), membawa penumpang berlebihan (105), tidak patuh arahan PKP (89) dan lain-lain lagi (158).

“Seramai 27 pendatang tanpa izin dan dua buah kenderaan darat turut disita melalui Operasi Benteng dengan sebanyak 208 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, seramai 595 individu yang tiba di tanah air semalam diarahkan menjalani kuarantin bersama sejumlah 8,805 individu yang masih lagi berada di stesen-stesen kuarantin wajib selain 2,405 individu dibawa ke hospital, manakala 208,544 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 644 peruncit, 157 pemborong dan 30 pengilang termasuk melakukan sejumlah 1,694 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya sebanyak 16 premis yang terlibat dikenakan kompaun.

Ismail Sabri turut mengesahkan cuma dua pekerja asing didapati positif Covid-19 setelah 101 daripadanya melalui ujian saringan wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN