10 kucing mati dalam kebakaran rumah perlindungan haiwan - Utusan Malaysia

10 kucing mati dalam kebakaran rumah perlindungan haiwan

ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah perlindungan haiwan di Simpang Pulai, Ipoh hari ini yang menyebabkan 10 ekor kucing mati. - GAMBAR IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 10 ekor kucing mati dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah perlindungan haiwan di Simpang Pulai di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.19 petang.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah perlindungan haiwan jenis kelas B berkeluasan 50×50 kaki yang terbakar 80 peratus.

“Dianggarkan terdapat 50 ekor kucing di rumah perlindungan haiwan itu, 10 ekor daripadanya ditemukan mati.

“Bomba mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan seramai enam anggota dan operasi  tamat sepenuhnya pada pukul 7 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN