Durian bertaburan atas lebuh raya - Utusan Malaysia

Durian bertaburan atas lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lori yang membawa muatan durian dari Tangkak, Johor terbalik dalam kemalangan di Kilometer 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, dekat sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.20 petang itu dipercayai berpunca apabila sebuah tayar lori itu pecah  mengakibatkan ia terbabas dan terbalik.

Keadaan tersebut mengakibatkan muatan durian yang dibawa lori berkenaan turut bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.

Kedua-dua lelaki yang menaiki lori berkenaan selamat namun kelindan difahamkan mengalami kecederaan luka di bahu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya