Dua kenyataan penting redakan suhu yang sengaja dipanaskan -

Dua kenyataan penting redakan suhu yang sengaja dipanaskan

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Dua kenyataan penitng yang dikeluarkan hari ini iaitu satu daripada Peguam Negara dan satu lagi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara sepatutnya dalam meredakan suhu yang sengaja dipanaskan oleh golongan berkepentingan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kenyataan-kenyataan tersebut memberi penjelasan yang tuntas mengenai pelaksanaan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam negara kita.

“Penjelasan yang dibuat melalui kedua-dua kenyataan ini sepatutnya meredakan suhu yang sengaja dipanaskan oleh mereka yang berkepentingan.

:Saya sering sebutkan bahawa tumpuan kita pada masa ini mestilah untuk menangani cabaran wabak COVID-19 dengan cara yang terbaik supaya kita #menangbersama. Kedua-dua kenyataan ini menunjukkan betapa kerajaan sentiasa memastikan semua peraturan dan perundangan dipatuhi, selaras dengan tekad kita untuk menjulang kedaulatan undang-undang (rule of law).

“Negara kita pernah rosak kerana tidak menghormati rule of law dan menurut kehendak beberapa orang ahli politik yang tamakkan kuasa dan harta. Kita tak mahu situasi itu berulang.

Kita tidak perlukan politik keterlaluan pada masa ini kerana ia hanya akan memesongkan fokus kita daripada keutamaan yang sepatutnya.

:Saya harap dengan penjelasan yang sebegitu jelas, kita boleh kembalikan fokus kita kepada keutamaan sebenar iaitu menangani COVID-19 dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara. Tinggalkan saja mereka yang mahu mempolitikkan segala-galanya dan kekalkan fokus kita kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ataupun minggu pertama September tahun ini.

Bagaimanapun kata mereka sedikit tempoh diperlukan untuk menjalankan sidang Parlimen secara hibrid.

Peguam Negara dalam  kenyataan pula menjelaskan mengenai isu persidangan Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN