ATM wujud enam pusat pemberian vaksin pandu lalu

ATM wujud enam pusat pemberian vaksin pandu lalu

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak enam pusat sehenti bagi pemberian vaksin Covid-19 secara pandu lalu akan dibina di kem-kem tentera terpilih di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini Kem Sungai Besi akan menjadi perintis kepada sistem berkenaan dengan jangkaan dibuka seawal mungkin.

Katanya, dengan pembukaan pusat sehenti tersebut, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 sehingga 2,000 orang sehari diberi suntikan vaksin Covid-19 menerusi sistem berkenaan.

“Buat masa ini pemberian vaksin melalui kaedah ini dibuat kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka terdahulu. 

“Jika konsep ini berjaya dilaksanakan kita akan buka kepada orang awam untuk menerima vaksin secara pandu lalu dan tempatnya kita akan tentukan nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 ATM  di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, pihak ATM juga akan menggunakan bas sebagai klinik bergerak untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin di kawasan pedalaman.

“Ini sebahagian usaha kita  bantu kerajaan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 (PICK) kerajaan. 

“Selain bas yang dijadikan sebagai klinik bergerak kita juga akan menghantar doktor dan paramedik ke kawasan terpilih terutama di Sabah dan Sarawak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya