'Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih'  - Utusan Malaysia

‘Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih’ 

pn
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang simpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandemik Covid-19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown).

Kempen berkenaan telah mendapat sambutan hangat di media sosial sejak semalam.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan kempen tersebut, ia menjadi tular dalam Facebook, Twitter dan Instagram.

Kempen itu cukup mudah, anda hanya perlu mengibarkan bendera putih di rumah sendiri jika menghadapi kesusahan dari segi bekalan makanan dan kewangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya