Sebanyak 6,624 kes sembuh, 86 kematian - Noor Hisham

6,624 kes sembuh, 86 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 7,748 kes berbanding semalam, 8,209 kes.

Ia sekali gus mengatasi 6,624 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,612 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 86 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 84,369 kes berbanding semalam, 83,331 kes.

Katanya, sebanyak 883 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor, Kuala Lumpur merekodkan 851 kes, Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263), Melaka (234), Labuan (230), Terengganu (203) dan Pahang (146).

“Hanya Putrajaya merekodkan kes dua angka iaitu 20 kes manakala Perlis, lapan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya