29 rumah rosak dalam kejadian ribut, hujan batu - Utusan Malaysia

29 rumah rosak dalam kejadian ribut, hujan batu

SALAH sebuah rumah yang rosak selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut di daerah Kuala Muda dekat Sungai Petani, Kedah,  petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kira-kira 29 buah rumah di tujuh kampung di daerah Kuala Muda, dekat sini rosak dalam kejadian ribut dan hujan batu petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu melibatkan Kampung Padang Buloh, Kampung Banggol, Kampung Kubang Sapi dan Kampung Padang Mahligai.

Tiga lagi kampung ialah Kampung Alor Perun, Kampung Olak Madu dan Kampung Ekor Lubuk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, kampung paling teruk terjejas ialah Kampung Padang Buloh melibatkan 11 buah rumah.

“Kita turut menerima laporan enam kejadian pokok tumbang termasuk yang menimpa rumah dan kenderaan,” katanya di sini hari ini ini.

Kata beliau, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Seorang penduduk, Hamzah Shawal, 67, berkata, kejadian ribut itu mengakibatkan bumbung rumahnya rosak.

“Saya juga terkejut apabila mendapati berlaku hujan batu dalam kejadian itu,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.