200 sukarelawan S-Reg bantu penduduk di wilayah Ketengah daftar vaksin - Utusan Malaysia

200 sukarelawan S-Reg bantu penduduk di wilayah Ketengah daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi melancarkan urusan pendaftaran vaksin Covid-19 dalam kalangan penduduk di tiga wilayahnya.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, jawatankuasa khas, ‘Stay Safe-Ketengah Region’ (S-Reg) yang dianggotai 200 sukarelawan itu kini giat turun padang ke Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu untuk membantu penduduk yang berdepan kekangan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Di samping itu katanya, S-Reg turut menyelaras pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di wilayah Ketengah termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penduduk yang memerlukan.

“S-Reg bersama kakitangan pejabat kesihatan daerah dan 91 anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan penduduk mendaftar vaksin Covid-19 dalam usaha mempercepatkan proses suntikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Razali berkata, pelbagai kempen secara digital, fizikal dan bergerak dilaksanakan jawatankuasa khas berkenaan di kampung-kampung di pedalaman bagi menyalurkan maklumat yang tepat berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam pada itu katanya, mana-mana kampung yang berjaya mencapai sehingga 80 peratus vaksinasi menjelang akhir Ogos depan bakal mendapat insentif geran pembangunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya