20 tan 'deproteinized whey' dari Amerika Syarikat dirampas - Utusan Malaysia

20 tan ‘deproteinized whey’ dari Amerika Syarikat dirampas

PRODUK 'deproteinized whey' seberat 20 tan dari Amerika Syarikat yang dirampas Maqis dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan satu kontena yang membawa produk ‘deproteinized whey’ dari Amerika Syarikat (AS) bernilai RM65,615.80 di Pelabuhan Pasir Gudang di sini semalam.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, rampasan dibuat setelah pihaknya mendapati nombor ‘establishment’ dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang dikemukakan tidak diiktiraf Maqis.

“Kesemua barang berkenaan dengan berat kira-kira 20 tan yang bernilai RM65,615.80 ditahan untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan yang dilakukan pada pukul 3.30 petang itu.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011,” katanya dalam kenyataan.

Hizzuan berkata, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara.

“Ini bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN