Satu ulangi jaminan tiada gangguan air pada Aidilfitri

Satu ulangi jaminan tiada gangguan air pada Aidilfitri

ATEMIN Sulong meninjau projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu Bukit Berapit di Kuala Nerus dan LRA Losong di Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) mengulangi jaminan masalah gangguan bekalan air tidak akan berlaku pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Atemin Sulong berkata, kesemua pengguna akaun bakal menikmati bekalan air yang sempurna dengan penambahan 28 juta liter sehari (mld) menerusi tiga loji baharu.

Katanya, daripada jumlah itu, 20 mld dihasilkan di Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Bahagia di Kuala Nerus diikuti LRA Pasir Tinggi (5 mld) dan LRA Pengkalan Berangan (3 mld).

“Tambahan kapasiti pengeluaran ini dapat menampung penggunaan air untuk 28,000 rumah di sekitar Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Pada musim perayaan Aidilfitri kali ini penggunaan air dijangka kekal seperti biasa iaitu 650 juta mld kerana tiada pergerakan pulang anak perantau ke Terengganu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan LRA baharu Bukit Berapit di Kuala Nerus dan projek naik taraf LRA Losong di sini hari ini.

Atemin berkata, pembangunan kedua-dua LRA itu kini sudah mencapai tahap 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan lagi.

Katanya, kelewatan siap disebabkan beberapa kekangan akibat pandemik Covid-19 kerana banyak barang pembinaan yang diimport dari luar negara seperti Itali, Korea dan Amerika Syarikat di samping kepakaran tenaga mahir.

LRA Bukit Berapit dibina dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 120 mld manakala LRA Losong pula mampu mengeluarkan sebanyak 40 mld apabila siap kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya