Mesin pendandang letup, tiga pekerja melecur - Utusan Malaysia

Mesin pendandang letup, tiga pekerja melecur

MESIN pendandang sebuah kilang batu kuari yang terbakar dan meletup hingga menyebabkan tiga pekerja cedera di Tapah hari ini. - UTUSAN/IHSAN JPBM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Tiga lelaki cedera apabila mesin pendandang sebuah kilang kuari batu meletup dalam kejadian di Batu 3 Temoh di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa masing-masing berusia 30, 41 dan 44 tahun yang merupakan juruteknik kilang sedang membaiki kerosakan mesin berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Abd. Rahman Ibrahim berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 10.56 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan mesin pendandang atau boiler telah memusnahkan 40 peratus.

“Ketika anggota sampai, kebakaran telah dipadamkan oleh pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang dengan menggunakan alat pemadam api dan dua aliran hose reel.

“Tiga pekerja melecur di muka selepas penutup boiler tersebut terbuka . 

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Tapah oleh pihak kilang untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya