Lelaki pakai gelang merah jambu bersiar-siar ditahan

Lelaki pakai gelang merah jambu bersiar-siar ditahan

TANGKAP layar daripada video seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu menunggang motosikal di Padang Serai, Kulim, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tindakan seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu bersiar-siar dengan menunggang motosikal mengundang padah apabila ditahan di Padang Serai dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas tular video seorang lelaki memakai gelang merah jambu di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai video yang tular itu pada pukul 9.49 malam semalam.

“Hasil siasatan mendapati motosikal yang ditunggangi lelaki terbabit didaftarkan atas penama abangnya yang beralamat di Padang Serai dan anggota polis telah diarahkan untuk mengesan alamat berkenaan.

“Lelaki terbabit berjaya ditahan di  dalam Op Covid-19 itu di Padang Serai pada pukul 11.45 malam,” katanya di sini hari ini.

Azhar memberitahu, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit dikenakan perintah kuarantin bermula pada 1 hingga 10 Mei ini

Jelasnya, pihak polis akan membuat permohonan untuk pengesahan kuarantin terhadap lelaki itu di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim.

“Lelaki itu kini ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Azhar berkata, siasatan juga  akan dibuat untuk mengenal pasti lokasi yang dikunjungi suspek serta tujuannya keluar dari rumah

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya