Kes ingkar SOP melonjak, 800 individu ditahan - Utusan Malaysia

Kes ingkar SOP melonjak, 800 individu ditahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam melonjak kepada 800 individu ditahan semalam berbanding 644 individu diberkas kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi ialah tiada penjarakan fizikal iaitu sebanyak 248 kes diikuti gagal merekod butiran diri yang naik lagi kepada 219 kes, disusuli kesalahan tidak memakai pelitup muka (133), tidak patuh arahan PKP (61), membawa penumpang berlebihan dalam kenderaan persendirian (13) dan lain-lain (126).

“Seramai 21 pendatang asing tanpa izin juga ditahan dan 12 kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng semalam selain sebanyak 182 bot atau kapal dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui lapan aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, kata beliau, seramai 755 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemua diarah dikuarantin dengan sejumlah 8,384 individu masih lagi dikuarantin selain seramai 2,138 individu dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala 200,146 individu sudah dibenarkan balik ke rumah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 523 peruncit, 144 pemborong dan 31 pengilang dan melaksanakan sejumlah 1,655 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan satu premis dikompaun dan 35 premis diberikan nasihat.

Beliau juga mengesahkan, cuma seorang pekerja asing didapati positif Covid-19 daripada 107 pekerja disaring semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN