Enam kejadian pokok tumbang petang ini

Enam kejadian pokok tumbang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di ibu negara susulan ribut petir dan hujan lebat,petang ini. 

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu antara pukul 3 petang hingga 5.30 petang. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menggerakkan pasukan operasi dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi terjejas untuk kerja menyelamat, pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sekali gus memastikan keselamatan kawasan awam terjamin.

 Katanya, ia membabitkan BBP Jalan Hang Tuah di Jalan Akar, Kampung Attap, BBP Sentul (Taman Botani Perdana), BBP Pudu (Istana Pahang, Jalan Raja Chulan), BBP Pantai (Blok 5 Flat Kuchai Lama), BBP Keramat (Sekolah Kebangsaan Jln Padang Tembak) dan BBP Seputeh (Jalan desa Jaya, Taman Desa).

“Beberapa kenderaan turut dihempap pokok tumbang namun situasi berjaya dikawal dengan kerja pembersihan sudah dilaksanakan dengan segera di semua lokasi terjejas. 

 “Semua insiden berkenaan sudah ditangani dengan pantas oleh pasukan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan atau panggilan membabitkan banjir kilat.

“JBPM Kuala Lumpur akan terus bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN