Pas sebenarnya lebih rapat dengan PH - Naib Ketua Awan - Utusan Malaysia

Pas sebenarnya lebih rapat dengan PH – Naib Ketua Awan

HAFIDZAH Mustakim ditemui pemberita semasa menyerahkan memorandum sempena EVAW 2026 di IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas sepatutnya memilih untuk membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana memperjuangkan dasar yang hampir sama.

Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Dr. Hafidzah Mustakim berkata, Pas sebenarnya mempunyai hubungan lebih rapat dengan PH berbanding UMNO serta BN kerana pernah bergerak bersama suatu masa dahulu.

“Saya rasa ia jelas dan nyata kerana dasar Pas dan PH yang masing-masing mahukan kebaikan. Pas sebenarnya lebih rapat dengan PH dan pernah bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun itu hak masing-masinglah tetapi bagi saya, sudah tentu, jomlah Pas, mari sini lebih dengan dengan kita (PH),” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyerahkan memorandum sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau terus berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan peluang kepada PH yang mendukung Kerajaan Madani kerana masih banyak agenda perubahan mahu dilaksanakan.

“Kita mahu meneruskan lagi agenda perubahan terutama di Kelantan dan Kota Lama. Saya rasa kita (PH) masih mempunyai peluang amat besar (untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-16).

“Cuma persoalan yang lebih penting kini adalah siapa akan mengisi agenda perubahan tersebut. Jadi bagi saya, ini adalah peluang yang besar buat PH,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama berkata, kesemua parti komponen dalam PH perlu kembali merapatkan ikatan dan memperkukuh kerjasama.

“Kita perlu menangani dan meraikan perbezaan dengan baik untuk kita manyatukan saf dalam memenuhi kehendak rakyat yang mahukan perubahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini