fbpx

Israel merancang serangan darat atas Gaza?

Serangan Israel ke atas Beit Hanoun di utara Gaza. - Foto Twitter @MuhammadSmiry
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Setelah melakukan serangan udara bertalu-talu sejak beberapa hari lalu ke atas Semenanjung Gaza, tentara Israel kini sedang mempersiapkan untuk serangan darat.

Dalam stau pesanan ringkas kepada media, tentera Israel berkata, pesawat dan pasukan darat akan melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Penduduk di utara Gaza, berhampiran perbatasan Israel, mengatakan mereka tidak melihat tanda-tanda pasukan darat Israel tetapi melaporkan tembakan artileri berat dan puluhan serangan udara berlaku.

Jurucakap tentera Israel  mengesahkan bahawa pasukan darat hanya terlibat dalam pengeboman di Gaza.

Media tempatan di Gaza melaporkan lebih 450 serangan Israel di bahagian utara semenanjung itu. Lebih daripada 50 orang cedera yang dihantar ke Hospital Beit Hanoun, ekoran serangan di al-Baalie

Serangan udara Israel yang berterusan setakat ini telah membunuh 115 warga Palestin di Gaza, termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita, lapor Kementerian Kesihatan pada hari Jumaat.

Sementara itu, 621 orang dilaporkan cedera sejak tunjuka perasaan bermula lebih dari tiga hari lalu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI