Brazil gusar Neymar masih cedera

Brazil gusar Neymar masih cedera

NEYMAR - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSY: Bintang Brazil, Neymar tidak akan berlepas ke Cleveland untuk aksi pemanas badan Piala Dunia menentang Mesir.

Penyerang harapan skuad Samba itu kini masih menjalani rawatan intensif kecederaan betis yang dialaminya an Carlo Ancelotti enggan mengambil risiko.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan memaklumkan Neymar akan terus berada di New Jersey untuk menjalani program pemulihan.

“Neymar tidak akan melakukan perjalanan bersama delegasi ke Cleveland. Beliau akan kekal di New Jersey untuk menjalani fisioterapi serta memperhebatkan program pemulihan fizikalnya,” menurut kenyataan itu.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu sedang mengalami kecederaan regangan otot betis tahap dua iaitu kecederaan sederhana yang melibatkan koyakan separa pada otot.

Walaupun begitu, barisan kejurulatihan Brazil masih optimis pemain berusia 34 tahun itu akan pulih tepat pada masanya untuk aksi pembukaan Piala Dunia menentang Maghribi pada 13 Jun.

Juara dunia lima kali itu turut akan berdepan Haiti dan Scotland dalam saingan Kumpulan C.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN