Covid-19: Salman Khan keluar duit poket bantu pekerja industri filem Bollywood

Covid-19: Salman Khan keluar duit poket bantu pekerja industri filem Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Artis Bollywood turut bersatu menangani gelombang kedua Covid-19 di India termasuk  Salman Khan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri bagi memberikan sokongan kewangan kepada pekerja perfileman Bollywood.

Beliau akan menyumbang 1,500 rupee (RM84) kepada kira-kira 25,000 tenaga kerja dalam industri perfileman Bollywood yang mana jumlah keseluruhan sumbangannya adalah lebih RM2 juta.

Bantuan itu merangkumi juruteknik, juru solek artis, stuntmen dan spotboy.

Presiden Persekutuan Pekerja Filem India Barat (FWICE) BN Tiwari mengesahkan kepada ETimes mengenai perkara itu.

“Kami telah mengirimkan kepada Salman Khan senarai nama orang yang memerlukan dan dia telah bersetuju untuk memperuntukan  wang tersebut,” katanya.

BN Tiwari juga menambah bahawa senarai 35,000 pekerja warga emas telah dihantar ke Yash Raj Films (YRF) dan mereka secara prinsipnya bersetuju untuk membantu.

Kedua-duanya, Salman dan YRF akan memeriksa senarai dan mengesahkan butiran akaun dan kemudian memasukkan wang tersebut. – ETimes

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya