7,478 kes positif; 63 kematian; Selangor, 2,455 kes - Utusan Malaysia

7,478 kes positif; 63 kematian; Selangor, 2,455 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencipta rekod baharu kes positif Covid-19 yang tertinggi iaitu 7,478 kes sekali gus mengatasi 4,665 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,455 kes.

Sebanyak 63 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 66,208 kes berbanding semalam, 63,458 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 756 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 377 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, selain Selangor yang terus konsisten merekodkan kes positif melebih 2,000 kes, enam negeri merekodkan kes melebihi 400 kes iaitu Kuala Lumpur, 760 kes; Sarawak, 640 kes; Johor, 587 kes; Kelantan, 547 kes; Kedah, 542 kes dan Pulau Pinang, 420 kes.

“Negeri Sembilan merekodkan 370 kes manakala lima negeri merekodkan kes melebihi 100 kes iaitu Perak, 264 kes; Melaka, 230 kes; Sabah, 229 kes; Terengganu, 177 kes dan Pahang, 171 kes.

“Dua wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Labuan, 49 kes dan Putrajaya, 29 kes manakala Perlis, lapan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN