7,289 kes positif; 60 kematian; Selangor, 2,642 kes - Utusan Malaysia

7,289 kes positif; 60 kematian; Selangor, 2,642 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes positif Covid-19 baharu yang tertinggi apabila mencatatkan sebanyak 7,289 kes sekali gus mengatasi 3,789 kes sembuh manakala Selangor menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,642 kes.

Sebanyak 60 kematian dan 15 kluster baharu manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 63,458 kes berbanding semalam iaitu, 57,022 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 726 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 373 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang terus konsisten merekodkan kes positif melebih 2,000 kes, ia diikuti Johor, 664 kes; Kuala Lumpur, 604 kes; Sarawak, 513 kes; Kelantan, 425 kes; Negeri Sembilan, 410 kes; Pulau Pinang, 380 kes; Kedah, 336 kes; Terengganu, 268 kes, Sabah, 266 kes; Melaka, 258 kes, Perak, 218 kes dan. Pahang, 211 kes.

“Hanya dua wilayah yang merekodkan kes dua angka biarpun terdapat peningkatan kes iaitu Labuan, 63 kes dan Putrajaya, 23 kes manakala Perlis, lapan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN