Ramadan yang sedikit emosi - Ryan Deedat - Utusan Malaysia

Ramadan yang sedikit emosi – Ryan Deedat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Penyanyi baharu, Ryan Deedat, 29, menyifatkan Ramadan pada kali ini berbeza dan menyuntik  emosi tersendiri setiap kali mengenangkan keadaan ibunya, Tengku Hanasiah Tengku Zainal Mulok,65, yang menghidap penyakit strok sejak awal Februari lalu.

Menurut Ryan, kebiasaannya pada Ramadhan lalu dia akan memenuhi permintaan ibu dengan mencari juadah berbuka puasa kegemarannya di bazar berdekatan namun keadaan sedikit berbeza pada tahun ini.

“Selalunya ibu akan minta saya belikan dia makanan untuk berbuka puasa. Dia paling suka makan murtabak.

“Namun melihat keadaan kesihatannya sekarang selain tidak boleh bercakap, semua itu membuatkan saya rasa sedih,”katanya kepada Utusan Malaysia, kelmarin.

Sebelum ini, penyanyi ini pernah mendedahkan, ibunya menghidap sakit jantung dan batu karang.

Berbicara mengenai Ramadan, dia akan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan dan mahu mendapatkan berat badan yang ideal.

“Untuk diri saya sendiri kali ini akan lebih perbanyakkan aktiviti kerohanian seperti mengaji dan pastinya mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Pada masa sama, bulan puasa ini juga adalah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan,” jelasnya.

Mengenai perkembangan kerjaya seni suara, Ryan baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Kena Sidai kolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya