Serangan Israel musnahkan 16 hospital di Lubnan - Utusan Malaysia

Serangan Israel musnahkan 16 hospital di Lubnan

AHLI keluarga meratapi jenazah mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel di kampung selatan Deir Qanoun al-Nahr, Tyre. .- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 16 hospital musnah dengan 116 petugas kesihatan dan kecemasan terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan sejak perang bermula 2 Mac lalu.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, sembilan orang cedera dalam serangan terbaharu Israel yang turut merosakkan sebuah lagi hospital di selatan negara itu, walaupun wujud gencatan senjata.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu mengecam keras serangan tersebut yang menyebabkan kerosakan serius pada Hospital Awam Tibnin dan mengakibatkan tujuh kakitangan hospital cedera, lima daripadanya wanita.

Kementerian itu memaklumkan jabatan kecemasan, unit rawatan rapi dan beberapa bahagian lain hospital mengalami kerosakan, dengan ambulans yang diparkir di halaman turut terjejas.

Ia mengedarkan video yang menunjukkan bahagian dalam hospital dengan kaca bertaburan di lantai, siling yang runtuh, tingkap pecah dan kerosakan lain pada ruang pejabat.

Agensi berita rasmi NNA melaporkan beberapa siri serangan udara Israel di lokasi lain di selatan Lubnan pada Khamis, manakala seorang jurugambar AFP melihat asap tebal selepas serangan di kampung Hanniyeh.

Sejak gencatan senjata bermula pada 17 April, Israel terus melancarkan serangan, merobohkan struktur dan mengeluarkan arahan pemindahan di selatan Lubnan, dengan alasan menyasarkan Hizbollah yang turut meneruskan serangan balas.

Gencatan senjata dilanjutkan selama 45 hari minggu lalu selepas pusingan ketiga rundingan langsung antara wakil Lubnan dan Israel di Washington dengan ditentang keras oleh Hizbollah yang disokong Iran.

Di bawah syarat gencatan senjata yang dimeterai Washington, Israel mengekalkan hak untuk bertindak terhadap serangan yang dirancang, akan berlaku atau sedang berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN