Jururawat terima vaksin meninggal dunia di rumah akibat serangan jantung

Jururawat mengadu sakit seluruh badan sebelum meninggal dunia

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang jururawat Hospital Pulau Pinang mengadu sakit di seluruh badan sebelum meninggal dunia di bilik tidur rumahnya di Bandar Sri Astana, di sini semalam dipercayai akibat serangan jantung.

Mangsa berusia 45 tahun turut mempunyai rekod penyakit darah tinggi itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh suaminya kira-kira pukul 2 pagi.

Suaminya memberitahu pihak polis bahawa Jururawat itu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Pulau Pinang pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang penolong pegawai perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira pukul 2.45 pagi semalam.

Kata beliau, hasil temu bual dengan suami mangsa, wanita terbabit dikatakan mengadu sakit di seluruh badan sebelum masuk bilik untuk berehat pada pukul 11.30 malam, Selasa lalu.

“Lelaki itu kemudian masuk ke bilik untuk tidur kira-kira pukul 2 pagi dan cuba mengejutkan isterinya, namun tiada tindak balas.

“Pemeriksaan pada nadi si mati juga didapati tiada denyutan menyebabkan lelaki terbabit terus menghubungi HSAH sebelum wanita itu disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Adzli, siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke HSB untuk dibedah siasat.

“Pejabat Kesihatan Daerah juga telah datang untuk membuat sanitasi di tempat kejadian,” ujarnya.

Katanya, suami mangsa juga ada memaklumkan isterinya menerima suntikan vaksin Covid-19 di tempat kerja pada 12 Mac lalu.

Tambahnya, punca kematian mangsa yang telah berkhidmat sebagai jururawat selama hampir 20 tahun itu adalah akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.