Dua beranak hidup mewah hasil jual dadah ditahan

Dua beranak hidup mewah hasil jual dadah ditahan

ABD. Jalil Hassan (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu dan wang tunai yang dirampas dalam serbuah ke atas suspek dipercayai dua beranak di stesen minyak Jalan Bentong-Karak, Bentong, Ahad lalu. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi dua beranak menerusi serbuan di sebuah stesen minyak Jalan Bentong-Karak, Bentong, Ahad lalu.

Dalam serbuan itu, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dibantu Ibu Pejabat Polis (IPD) Bentong telah merampas dadah jenis syabu seberat 9.32 kilogram bernilai RM360,000 dan wang tunai bernilai RM40,112.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, dalam serbuan tersebut polis menahan seorang bapa berusia 58 tahun manakala anaknya berusia 28 tahun berasal dari Kelantan namun telah menetap di Jerantut.

“Ketika melakukan pemeriksaan didapati kedua-dua mereka memiliki 10 bungkusan plastik warna kehijauan tertulis Teh Guanyinwang dan setiap bungkusan mempunyai satu paket plastik lutsinar berisi serbuk serta ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Kedua-dua suspek memperoleh bekalan dadah jenis syabu ini dari Lembah Klang untuk diedarkan kepada 18,655 pengguna seluruh negeri Pahang.

“Hasil siasatan mendapati, mereka mempunyai tujuh rekod kesalahan dadah dan satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. 

Menurut Abd. Jalil, ketika serbuan kedua-dua suspek itu berada di dalam kereta jenis Proton Waja cuba untuk melarikan diri namun pihak polis bertindak lebih pantas hasil maklumat daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di Pahang dalam tempoh dua bulan.

“Hasil daripada tangkapan polis turut berjaya merampas dan menyita kereta milik dua beranak berkenaan iaitu sebuah Toyota Vellfire, Honda Jazz dan Volkswagen Wald dengan nilai keseluruhan RM260,000.

“Kami percaya kereta mewah yang dirampas itu adalah hasil daripada penjualan dadah,” katanya.

Beliau berkata, suspen direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan prosedur jenayah selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan sehingga 28 Mac ini.

“Bagi kes ini suspek disiasat di bawah Seksyen39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya