Rashid, Soon Kit dapat gelaran Datuk - Utusan Malaysia

Rashid, Soon Kit dapat gelaran Datuk

RASHID Sidek (dua dari kiri) dan Cheah Soon Kit (dua dari kanan) ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sumbangan pemain badminton negara terus mendapat pengiktirafan apabila dua wira yang membawa Malaysia merangkul Piala Thomas 1992, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Rashid, 53, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Soon Kit, 53, yang meraih perak beregu lelaki bersama Yap Kim Hock dalam temasya sama antara 81 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media hari ini.

Tarikh Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 bagaimanapun belum diputuskan kerana mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 dan akan dimaklumkan kepada penerima kelak.

“Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 adalah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

“Ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan dan mengurniakan kepada mereka yang berjasa kepada Wilayah Persekutuan dan negara secara amnya,” kata Annuar.

Turut meraih PMW ialah Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya