Ketuk kepala rakan guna besi hingga mati kerana tak tahan diejek

Tak tahan diejek, ketuk kepala rakan guna besi hingga mati 

AHMAD SHUKRI MAT AKHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Hanya kerana tidak tahan diejek, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mengetuk kepala rakannya menggunakan besi hingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Jalan Kota Sarang Semut, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an kemudiannya meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Katanya, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi panggilan dibuat orang awam kira-kira pukul 8.05 pagi.

“Suspek kemudiannya ditahan kira-kira sejam selepas itu dengan pihak polis turut berjaya menemukan batang besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Lokasi kejadian merupakan rumah yang didiami mangsa. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kerana dipukul oleh objek tumpul di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kedua-dua individu berkenaan sedang menjalani perintah sekatan berikutan kesalahan kes jenayah.

“Ujian air kencing dijalankan terhadap suspek yang juga berusia 30-an mendapati dia positif dadah jenis methampetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan suspek direman bermula 17 Februari lalu hingga 20 Februari depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya