Takiyuddin nafi mahu tanding di Kedah - Utusan Malaysia

Takiyuddin nafi mahu tanding di Kedah

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan khabar angin mengatakan beliau bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu memberitahu, pihaknya sendiri tidak tahu menahu tentang khabar angin tersebut.

“Tidak adalah, saya tak pernah sebut pun, pergi tanya orang yang sebut tu. Kita pilihan raya pun tak tahu bila lagi,” katanya.selepas Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Kerajaan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, Pas ketika ini dalam proses rundingan mengenai kedudukan kerusi dengan semua parti di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Kedudukan kerusi kita masih mengadakan rundingan antara semua parti di bawah kerajaan PN termasuk Barisan Nasional dan GPS. Berdasarkan perjumpaan, ada 16 parti gabungan di seluruh negara.

“Jadi perundingan sedang dijalankan dalam gabungan ini dan untuk pembahagian kerusi sebaiknya kita berusaha mengelak daripada pertembungan tiga penjuru yang merugikan kerajaan sekarang,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya