Cubaan seludup khinzir dipatahkan - Utusan Malaysia

Cubaan seludup khinzir dipatahkan

SEBANYAK 10 ekor khinzir yang cuba di seludup ke negara ini dari Thailand dirampas di Padang  Besar, Perlis, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 10 ekor haiwan peliharaan iaitu khinzir bernilai RM9,800 dirampas kerana cuba dibawa masuk ke negara ini dari Thailand tanpa permit sah di Padang Besar, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perlis, Mohamad Arshad Raffin berkata, pihaknya menerima serahan kes itu daripada Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar kira-kira pukul 8.35 malam hasil kerjasama kedua-dua agensi tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut  mendapati haiwan peliharaan jenis khinzir tersebut diletakkan di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta jenis Honda City.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama. 

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturanditetapkan bagi memastikan aspek biosekuriti  terjamin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN