TMJ dedah ‘cerita dalam kain’ FAS - Utusan Malaysia

TMJ dedah ‘cerita dalam kain’ FAS

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Red Giants bukan sahaja dimalukan 6-1 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi kekalahan itu turut membuka cerita ‘dalam kain’ pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, masalah dalaman yang dihadapi pengurusan baharu FAS telah membawa kerosakan kepada pasukan Red Giants.

“Pesanan ikhlas saya kepada pengurusan baharu FAS buat kerja dan fokus kepada pasukan sendiri. Takda nak sibuk bandingkan diri dengan JDT atau anggap dah setanding JDT. Dalam padang lawan, luar padang hormat antara satu sama lain.

“Takda nak provokasi sini sana macam dah menang sesuatu sedangkan belum menang piala apa-apa dan stadium pun tak ada.

“Sasaran realistik jangan sibuk (rendahkan) pengurusan lama tetapi bangga dan claim pencapaian mereka. Jangan tipu penyokong atau pengaruh dan menghasut penyokong menggunakan page-page tidak rasmi.

“Cerita hal sebenar dalam pengurusan. siapa yang nak buat duit dan ada kepentingan peribadi. Izhar Moslim, Simon, Farouk jangan tipu RMS ( Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah) sembah dan maklum perkara betul.

“Dalam satu bot mana ada 3 atau 4 kapten. Semua nak jadi popular. semua nak jadi jurulatih inilah akibatnya itu sahaja saya nak sampaikan Tak puas hati kita boleh berdebat secara berdepan di hadapan penyokong masing-masing beri mereka hak bersuara dan tanya apa sahaja,” tulis TMJ dalam Instagram ‘story’ @hrhcrownprinceofjohor, semalam.

Tambahnya, masalah ada diantara pihak pengurusan yang ingin memainkan peranan sebagai jurulatih juga menyebabkan pemain hilang semangat untuk bermain.

“Cerita kepada penyokong kenapa pemain hilang semangat kerana ramai orang pengurusan nak jadi jurulatih. Bilik persalinan hancur pasal ramai sangat nak campur tangan cerita kepada pemain siapa kekal dan siapa keluar.

“Pemain tempatan dijaga lain daripada pemain import, sedangkan semua bekerja keras tetapi bonus lain-lain dan pilih kasih,” jelasnya.

Tunku Ismail juga menegaskan beliau tiada masalah dengan mana-mana negeri ataupun penyokong tetapi akan sentiasa lawan dengan sesiapa yang menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur kepada penyokong bola sepak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya