Mahu cari kerja, kena tipu pula - Utusan Malaysia

Mahu cari kerja, kena tipu pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ejen insurans berusia 26 tahun kerugian RM22,000 akibat diperdaya lelaki menyamar pegawai bank ketika kejadian kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berkenaan mula berurusan dengan suspek 17 September lalu.

“Ketika melayari laman sosial Facebook pada pagi itu, mangsa tertarik selepas terlihat iklan jawatan kosong dan terus menghubungi pengiklan melalui aplikasi Messenger.

“Selepas itu, mangsa menerima mesej menerusi WhatsApp dan diminta menyerahkan maklumat akaun bank,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa diminta memberi maklumat berkaitan nombor akaun bank serta nombor pengesahan identiti (PIN) bagi urusan perbankan.

Tambah beliau, wanita itu kemudiannya dihubungi seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Lelaki itu memberitahu mangsa tentang akaun bank miliknya telah disekat kerana digunakan untuk kegiatan perjudian.

“Suspek meminta wanita itu membayar RM22,000. Mangsa memindahkan wang ke dalam dua akaun berlainan sebelum menyedari tertipu,” katanya. 

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya