Cerita dongeng, gimik politik Anwar - Shahidan - Utusan Malaysia

Cerita dongeng, gimik politik Anwar – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang selepas memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan tidak berasas sama sekali.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tidak ada seorang pun daripada kesemua 50 Ahli Parlimen daripada kelab penyokong kerajaan menyatakan melompat menyokong Anwar.

Katanya, menteri dan timbalan menteri Kerajaan PN juga tidak bertindak demikian.

Ahli Parlimen Arau itu mempersoalkan bagaimana Anwar boleh mendakwa mendapat jumlah sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu.

“Kita ada 23 Ahli Parlimen UMNO, 10 (Pas), 10 (GPS) dan tujuh daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PNBBC.

“Daripada jumlah tersebut, tidak ada seorang pun akan melompat. Menteri dan timbalan menteri lagilah tidak melompat,” katanya yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis di sini hari ini.

Anwar sebelum ini dalam satu sidang akhbar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan baharu tersebut adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti namun tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperoleh.

Menurut Anwar, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan cekap dan yakin untuk mengurus ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas.

Kata Anwar, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara dari kemelesetan ekonomi.

Sementara itu, Shahidan berkata, dakwaan Anwar tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata selain gimik politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beberapa hari lagi.

“Kerajaan PN masih mantap dan stabil, tidak mungkin akan tumbang. Saya harap rakyat khususnya pengundi di Sabah tidak percaya dakwaan ini (kerajaan PN tumbang),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya