Polis Kluang buru 19 suspek jenayah - Utusan Malaysia

Polis Kluang buru 19 suspek jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebanyak 19 individu diburu bagi membantu siasatan membabitkan pelbagai kes jenayah di daerah ini sejak 2016 hingga Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, polis percaya sebahagian individu berkenaan masih berada di negeri ini dan selebihnya di luar Johor.

Beliau berkata, enam daripada mereka dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan manakala bagi kes jenayah harta benda pula melibatkan lima orang dan bakinya adalah kes perjudian.

“IPD Kluang akan mengeluarkan senarai nama orang dikehendaki dari masa ke masa kepada pihak media bagi mengesan, menangkap dan mendakwa mereka yang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek-suspek berkenaan boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka boleh juga terus menghubungi pegawai penyiasat kes kes berkenaan atau hubungi talian 077784222,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama orang ramai penting demi kesejahteraan masyarakat khususnya di Johor. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya