Swiatek kecewa pemain lelaki, wanita dapat bola berbeza

Swiatek kecewa pemain lelaki, wanita dapat bola berbeza

IGA SWIATEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIO: Pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek mengecam penganjur Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana menggunakan bola tenis berbeza antara pemain lelaki dan wanita.

Katanya, Terbuka AS satu-satunya kejohanan yang menggunakan dua jenis bola berbeza, dengan perbezaan ketara adalah bola wanita jauh lebih ringan.

Situasi itu tidak memberi ke­lebihan kepada pemain de­ngan pukulan kuat, dan Swiatek me­nuntut kesamarataan digunakan.

“Kami melakukan lebih ­banyak kesilapan dengan bola seperti ini, jadi saya tidak rasa ia sesuatu yang seronok untuk ditonton.

“Saya tidak tahu mengapa bola tenis yang kami gunakan berbeza dengan lelaki.

TERBUKA Amerika Syarikat satu-satunya kejohanan yang menggunakan dua jenis bola berbeza untuk lelaki dan wanita.

“Mungkin 15 tahun lalu ada pemain wanita mengalami kecederaan bahu hingga mereka menggunakan bola ringan tetapi keadaan sudah berbeza, kami sudah bersedia daripada segi fizikal,” kata bintang Poland itu.

Dalam perkembangan lain, Swiatek dan penyandang juara Terbuka AS, Emma Raducanu ditunjukkan jalan keluar pada pusingan ketiga Cincinnati Masters semalam.

Selepas cemerlang menyingkirkan dua bekas jaguh No. 1 dunia, Serena Williams dan Victoria Azarenka, bintang remaja Britain, Raducanu tumpas kepada pemain tuan rumah, Jessica Pegula 5-7, 4-6.

Swiatek kalah 3-6, 4-6 kepada seorang lagi pemain AS, Madison Keys 3-6, 4-6. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN