DALAM era gaya hidup digital yang pantas dan berorientasikan visual, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti diri.
Sama ada untuk merakam momen harian, berkongsi gaya hidup di media sosial atau menzahirkan citarasa peribadi, pemilihan peranti kini memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Seiring perkembangan itu, siri realme 16 Pro hadir di Malaysia dengan pendekatan segar melalui gabungan reka bentuk ‘Urban Wild’ oleh Naoto Fukasawa serta keupayaan kamera 200 megapiksel (MP).
Ditawarkan pada harga bawah RM2,500, siri ini menyasarkan pengguna moden yang menitikberatkan keseimbangan antara gaya dan fungsi dalam satu peranti.
Barisan telefon pintar kelas pertengahan premium ini diketuai oleh realme 16 Pro+, yang diposisikan sebagai peneraju segmen, selain realme 16 Pro yang turut diperkenalkan kepada pasaran tempatan.
Kehadirannya susulan sambutan menggalakkan pada pelancaran peringkat global awal tahun ini, termasuk kerjasama strategik bersama pereka industri terkenal, Naoto Fukasawa.
Siri berkenaan turut dilengkapi teknologi pengimejan potret canggih, reka bentuk bertaraf global serta prestasi tinggi, disesuaikan dengan gaya hidup dinamik pengguna di Malaysia.
Pada masa sama, realme 16 Pro Series bukan sekadar telefon pintar biasa, sebaliknya mencerminkan komitmen jenama itu dalam menyokong komuniti pencipta kandungan muda yang mahukan hasil visual berkualiti tinggi.
realme juga terus memperkukuh peranannya sebagai penyokong generasi muda, khususnya dalam bidang fotografi, penceritaan visual dan perkongsian kandungan harian.
Dari segi keupayaan, siri ini dilengkapi kamera 200MP LumaColor bersama teknologi LumaColor IMAGE yang disahkan TÜV Rheinland serta sokongan telefoto 3.5X.
Gabungan tersebut membolehkan penghasilan imej berperincian tinggi, keupayaan zum lebih jelas serta potret berkualiti profesional, termasuk penyesuaian tona kulit yang lebih semula jadi, imbangan cahaya pintar dan kesan bokeh sinematik.
Ia turut memastikan hasil imej kekal berkualiti dalam pelbagai keadaan, sama ada di bawah cahaya matahari tropika, suasana petang atau persekitaran malam yang berwarna-warni.
Siri ini sekali gus memperkukuh falsafah ‘Make it real’ yang diketengahkan realme, iaitu menawarkan ciri setaraf peranti ‘flagship’ pada harga lebih mampu milik.
Peranti ini sesuai untuk pelbagai kelompok pengguna, termasuk pencipta kandungan, pelajar serta individu yang mengutamakan kualiti visual untuk perkongsian di media sosial.
Siri realme 16 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan dari 26 Mac hingga 10 April 2026.
Dengan deposit serendah RM20, pelanggan berpeluang menikmati pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM897.
Ini termasuk gelang pintar percuma, rebat RM100, waranti lanjutan setahun serta perlindungan retak skrin selama setahun.
Selain itu, lebih banyak kelebihan dijangka diumumkan dalam masa terdekat, merangkumi elemen reka bentuk premium, inovasi terkini serta penambahbaikan perisian. – UTUSAN









