MotoGP Malaysia batal! - Utusan Malaysia

MotoGP Malaysia batal!

MALAYSIA tidak akan menganjurkan kejuaraan motosikal dunia buat kali pertama selepas 1991. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Debaran peminat sukan permotoran tanah air menanti nasib Grand Prix Malaysia 2020 berakhir dengan kekecewaan apabila perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada 1 November dibatalkan.

Pembatalan itu disahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu kenyataan hari ini.

Pandemik Covid-19 yang masih tidak menunjukkan tanda pemulihan adalah sebab utama perlumbaan tersebut dibatalkan.

“Kami sangat kecewa dengan pembatalan ini.

“Sebenarnya kami sudah bersedia untuk menganjurkan perlumbaan, terutama menyaksikan saingan pelumba tempatan seperti Kasma Daniel (Kasmayudin), Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin (Abdullah), selain pasukan Petronas Sepang Racing.

“Pasukan ini memulakan musim dengan cemerlang tetapi disebabkan Covid-19, keselamatan menjadi keutamaan. Kami tidak boleh merisikokan kesihatan orang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Ini adalah kali pertama Malaysia tidak akan menganjurkan kejuaraan motosikal dunia sejak 1991.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.