Verstappen kalahkan Hamilton sekali lagi - Utusan Malaysia

Verstappen kalahkan Hamilton sekali lagi

MAX Verstappen meraikan kejayaan muncul juara GP Perancis di Litar Paul-Ricard, Le Castellet hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE CASTELLET, Perancis: Max Verstappen melebarkan kedudukan pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) dunia apabila mengenepikan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton sekali lagi dalam perlumbaan sengit Grand Prix (GP) Perancis di Litar Paul Ricard hari ini.

Pemandu Red Bull itu mengatasi juara dunia, Hamilton ketika saingan berbaki satu pusingan untuk merangkul kejuaraan ketiga daripada tujuh perlumbaan musim ini.

Ini kali ketiga berturut-turut pelumba Belanda itu bangkit daripada ketinggalan untuk menjuarai perlumbaan selepas berdepan situasi sama ketika memenangi GP Monaco (23 Mei) dan GP Azerbaijan pada 6 Jun.

Kemenangan itu membolehkan Verstappen mengatasi Hamilton dengan kelebihan 12 mata menuju ke dua perlumbaan yang menjadi ‘tuan rumah’ buat pasukan Red Bull, GP Austria pada 27 Jun dan 4 Julai.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez melengkapkan podium dengan menduduki tangga ketiga manakala rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.