fbpx

Australia jumpa Belgium di pentas akhir hoki Olimpik Tokyo

PEMAIN Australia, Blake Govers (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika berdepan Jerman dalam perlawanan separuh akhir hoki lelaki di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pasukan hoki lelaki Australia menempah pertemuan dengan Belgium di pentas akhir Sukan Olimpik selepas menumbangkan pemenang pingat gangsa edisi 2016, Jerman dengan keputusan 3-1, hari ini.

Australia akan berdepan juara dunia, Belgium dalam perebutan emas pada Khamis ini, manakala India dan Jerman bersaing untuk tempat ketiga.

Belgium terlebih dahulu mara ke perlawanan akhir selepas menumbangkan India 5-2 dalam saingan yang lebih awal.

“Kami sangat berbangga apabila dapat mara ke final, namun kami perlu berjuang dalam destinasi terakhir ini.

“Kami sedia memberikan tentangan kepada pihak lawan sehingga ke wisel penamat,” kata kapten Belgium, Felix Denayer.- AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI