Penyudah tumpul hukum Switzerland

Penyudah tumpul hukum Switzerland

AKSI Switzerland menentang Qatar di Piala Dunia 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTA CLARA: Penyudah tumpul menjadi punca utama Switzerland gagal mengutip mata penuh dalam aksi pertama Piala Dunia 2026.

Perkara berkenan diakui Murat Yakin selepas anak buahnya terikat 1-1 dengan Qatar dalam aksi pembukaan Kumpulan B, wal pagi tadi.

Dalam aksi di San Francisco Bay Area itu, Switzerland menguasai sebahagian besar perlawanan dengan mencipta peluang lebih berkualiti serta menguasai bola.

Bagaimanapun, mereka dihukum pada penghujung aksi selepas gagal mempertahankan kelebihan dalam cuaca panas melampau.

“Kami mempunyai perancangan dan mahu bermain secara dominan serta menyerang.

“Kami mencipta peluang yang sangat baik, tetapi malangnya kami tidak cukup berkesan. Mungkin kami tidak cukup bijak dan tidak cukup tepat pada saat-saat penting.

“Pada akhirnya, malangnya kami kehilangan dua mata,” kata Yakin.

Yakin berkata gol penyamaan lewat permainan jaringan Boualem Khoukhi berpunca daripada kesilapan yang sepatutnya dapat dielakkan apabila anak buahnya.

“Ia sesuatu yang tidak perlu berlaku apabila kami kehilangan bola dan membenarkan peluang itu tercipta.

“Ia benar-benar menyakitkan. Kini kami perlu kembali menilai semula perlawanan ini dan bangkit dengan lebih kuat,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN