Kekurangan diri ‘senjata’ Saifulazzlan

Kekurangan diri ‘senjata’ Saifulazzlan

Mohd. Saifulazzlan Yahya (kanan) bercakap dengan jurulatihnya sebelum acara beregu lelaki kategori SU5 pada Para Sukma 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. - UTUSAN/AIZAWATI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain badminton para Negeri Sembilan, Mohd. Saifulazzlan Yahya hanyalah pemuda biasa yang dilahirkan sempurna dan cukup sifatnya, tetapi kemalangan yang menimpanya 15 tahun lalu telah mengubah haluan hidupnya.

Atlet berusia 34 tahun yang melakukan penampilan buat kali keempat pada Para Sukan Malaysia (Sukma), bagaimanapun terkandas di suku akhir perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal bahagian atas badan) setelah tewas kepada wakil Perak, Ahmad Affendi Razaman 12-21, 13-21 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Saifulazzlan yang turut beraksi dalam acara beregu lelaki yang diadakan secara round robin berpasangan dengan, Mohamad Amirul Aizad Norazmi tumpas kepada gandingan Johor, Mohd.Yusman Md. Zahar-Muhammad Fareez 10-21, 9-21 dalam perlawanan Kumpulan D, Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Menceritakan peristiwa pahit yang menimpanya pada 2007, Saifulazzlan berkata, dia ditimpa kemalangan sewaktu menunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kemaman, Terengganu.

Mohd Saifulazzlan Yahya (kiri) bergambar bersama pencabarnya dari Labuan, Mohammad Arif Aizat Ramli sewaktu beraksi dalam acara perseorangan lelaki SU5 pada Para Sukma 2022 semalam. – UTUSAN/AIZAWATI AHMAD

“Saya masa itu masih dalam tingkatan enam dan semasa menunggang motosikal, saya secara tiba-tiba hilang kawalan lalu bertembung dengan seorang lagi penunggang motosikal yang hendak masuk simpang.

“Akibat pelanggaran itu saya terhumban ke dalam longkang dan menyebabkan kecederaan pada tangan kiri saya,” kata atlet Terengganu itu kepada Utusan Malaysia dekat sini, semalam.

Menurut Saifulazzlan, kemalangan yang berlaku menyebabkan urat tangan kirinya putus dan dia tidak mampu menggerakkan tangannya.

Jelas atlet kelahiran Terengganu itu, akibat kecederaan serius yang dialami, ototnya tidak lagi berfungsi sehingga menyebabkan tangan kirinya mengecut.

Saifulazzlan Yahya (kiri) sewaktu beraksi dalam acara beregu lelaki kategori SU5 semalam. – UTUSAN/AIZAWATI AHMAD

“Saya ambil masa setahun untuk terima hakikat yang keadaan fizikal saya tidak seperti dulu. Lama-kelamaan saya mula berfikir, mungkin apa yang berlaku silap sendiri kerana dulu semasa sekolah saya nakal juga.

“Jadi, saya akhirnya redha dan mula bangkit mengubah nasib diri. Selepas setahun, saya sambung belajar di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan dekat Bangi,” ujarnya yang kini berkhidmat sebagai pekerja syarikat swasta.

Mengulas pula pada awal pembabitannya dalam sukan para, Saifulazzlan yang tampil bersama empat negeri berbeza pada temasya tersebut memberitahu, dia mula berjinak-jinak dalam sukan para selepas diperkenalkan oleh seorang rakan dan sejak itu dia bergiat aktif sebagai pemain badminton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.