‘Biarlah rakyat buat penilaian, keputusan’

‘Biarlah rakyat buat penilaian, keputusan’

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Program Cermat Madani di Berjaya Times Square Hotel di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP tidak kecewa di sebalik dakwaan kewujudan komplot atau percaturan menyingkirkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, situasi itu merupakan lumrah dalam politik yang perlu dihadapi dengan matang.

“Kita tidak boleh kecewa, dalam politik ini kena ada harapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan inisiatif Cermat Madani di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan dokumen setebal 13 muka surat dihantar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemimpin Pas yang mendedahkan perbincangan awal antara Perikatan Nasional (PN) dan UMNO untuk menyingkirkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Surat bertarikh 25 Mei itu mendakwa beberapa siri perbincangan diadakan antara Pas, Bersatu dan UMNO sebelum 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap pentadbiran Aminuddin.

Sehubungan itu, Anthony menyerahkan kepada rakyat untuk menilai segala perkembangan berkaitan kemelut politik di negeri berkenaan menjelang pilihan raya negeri (PRN).

“Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dibubarkan, jadi biarlah rakyat membuat penilaian dan keputusan. Rakyat ada mata untuk melihat apa yang berlaku. Saya tidak mahu komen terlalu banyak tentang ini, “ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN