Yamaha terlepas hukuman FIM

Yamaha terlepas hukuman FIM

Fabio Quartararo tidak beraksi di GP Qatar minggu lalu-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Yamaha tidak akan berdepan hukuman sukan susulan keputusan menarik diri daripada Grand Prix (GP) Qatar, meskipun tindakan itu melanggar perjanjian komersial bersama penganjur MotoGP.

Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas berkata, tiada peraturan ketika ini yang membolehkan tindakan sukan dikenakan terhadap pasukan atau pelumba yang gagal menyertai perlumbaan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan MotoGP sebelum ini yang memberi amaran mengenai kemungkinan hukuman sukan terhadap Yamaha sebagai tidak tepat kerana peruntukan sedemikian tidak wujud dalam peraturan semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu kenyataan media Dorna, bukannya FIM, adalah tidak tepat kerana menyatakan hukuman sukan boleh dikenakan, sedangkan peruntukan sedemikian tidak wujud,” kata Viegas.

Mengulas lanjut, Viegas menjelaskan tindakan disiplin perlumbaan tidak boleh dikenakan kerana perkara berkenaan hanya tertakluk kepada kontrak komersial antara Dorna dan pengeluar.

“Satu-satunya hukuman yang diperuntukkan adalah berdasarkan kontrak antara Dorna dan pengeluar. Mengikut perjanjian itu, setiap pengeluar dan pasukan wajib menurunkan dua pelumba pada setiap perlumbaan. Jika gagal, mereka perlu menyediakan pelumba gantian.

“Namun, ia adalah kontrak komersial. FIM bukan pihak dalam perjanjian itu dan tiada peruntukan dalam kod tatatertib kami yang membenarkan hukuman dikenakan sekiranya seseorang pelumba tidak hadir,” katanya.

Sementara itu, perlumbaan di Qatar berlangsung lancar tanpa sebarang masalah atau risiko keselamatan seperti yang dibimbangi pengeluar dan pelumba sebelum ini.

Keadaan itu sekali gus mengukuhkan keputusan penganjur untuk meneruskan saingan di negara berkenaan, seperti diakui Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carlos Ezpeleta yang menyifatkan kehadiran ke Qatar sebagai pilihan tepat.

Bagaimanapun, ketidakhadiran Yamaha tetap mencuri perhatian selepas pengeluar Jepun itu mengambil keputusan tidak menyertai perlumbaan atas alasan membabitkan dasar dalaman syarikat yang tidak berkaitan dengan langkah keselamatan ditetapkan penganjur.

Keputusan itu menyaksikan empat pelumba Yamaha iaitu Fabio Quartararo, Alex Rins, Jack Miller dan Toprak Razgatlioglu tidak beraksi di Qatar, manakala pasukan Moto2 mereka tetap meneruskan saingan menerusi Izan Guevara yang masih memburu gelaran dunia bersama Manu Gonzalez. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini