RM757 juta untuk pembangunan sukan negara

RM757 juta untuk pembangunan sukan negara

SKUAD Skuasy wanita negara memenangi emas berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Hong Kong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM757 juta bagi pembangunan sukan negara dan persiapan penganjuran Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027.

Daripada jumlah itu, RM460 juta disediakan bagi pembangunan sukan negara, manakala RM240 juta diperuntukkan untuk persiapan penganjuran kedua-dua temasya berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu bagi memperkukuh ekosistem sukan dan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita meraikan kejayaan kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia AichiNagoya yang merangkul sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa. Kepada semua atlet, jurulatih dan petugas, tahniah dan terima kasih kerana mengarumkan nama negara.

“Tahun hadapan, kita akan kembali menyambut negara tetangga selaku tuan rumah bagi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027.

“Temasya gemilang ini harus dimanfaat untuk mengangkat wibawa negara dan membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, peruntukan RM240 juta disediakan untuk tujuan persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan pembangunan sukan negara merangkumi usaha memperkasa program sukan berprestasi tinggi dan Road to Gold, program pembangunan atlet para serta atlet Sukan Orang Pekak, selain penyelenggaraan fasiliti sukan di seluruh negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini