Malaysia muncul hab latihan perancah bertaraf antarabangsa Asia Tenggara

Malaysia muncul hab latihan perancah bertaraf antarabangsa Asia Tenggara

PRESIDEN Persatuan Perancah Pekerjaan Malaysia, Datuk Dr. Saravanan Karrupayah (kiri sekali), Ketua Pegawai Eksekutif, National Access & Scaffolding Confederation (NASC), United Kingdom, Clive Dickin (lima dari kiri) serta Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir. Ahmad Jailani Mansor (kanan sekali) dalam satu majlis di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam industri perancah serantau menerusi penubuhan MKRS Training Institute sebagai pusat latihan Overseas Scaffolder Training Scheme (OSTS) pertama di Asia Tenggara yang mendapat kelulusan NASC dan CISRS.

Beroperasi di bawah MKRS Bumi (M) Sdn. Bhd., pusat latihan berkenaan menjadi antara inisiatif strategik dalam memperkasa pembangunan tenaga kerja mahir serta meningkatkan kompetensi profesional industri perancah tempatan mengikut piawaian antarabangsa.

Penubuhan institut itu turut menandakan pencapaian penting dalam pembangunan ekosistem latihan teknikal negara, khususnya dalam menyediakan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri perancah di peringkat global.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pusat latihan berkenaan dijangka menjadi platform bagi pembelajaran profesional, peningkatan kemahiran teknikal serta pelaksanaan latihan perancah yang selaras dengan standard antarabangsa.

“Inisiatif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penggiat industri di Malaysia, malah berpotensi menarik penyertaan tenaga kerja dan pemain industri dari negara Asia Tenggara yang memerlukan latihan serta pensijilan berstandard antarabangsa.

“Pencapaian berkenaan turut mencerminkan komitmen jangka panjang MOSA dalam memperkukuh ekosistem industri perancah negara menerusi kerjasama antarabangsa, pembangunan institusi dan pelaburan berterusan dalam bakat serta kepakaran tempatan.

“Usaha itu dijangka membantu meningkatkan profesionalisme industri perancah Malaysia, selain membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk menguasai kemahiran teknikal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Melangkah ke hadapan, MOSA berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi pembangunan kompetensi industri perancah, yang bukan sahaja berperanan memenuhi keperluan Asia Tenggara, malah meneroka peluang di pasaran antarabangsa termasuk Kerajaan Arab Saudi.

“Hala tuju strategik ini memberi tumpuan kepada penyelarasan piawaian antarabangsa, pembangunan kapasiti profesional secara mampan, pemindahan ilmu dan teknologi, pengukuhan kerjasama kawal selia serta pembangunan tenaga kerja Malaysia yang berdaya saing di peringkat global.

“Melalui kerjasama ini, Malaysia berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang kepada profesional tempatan bagi mengetengahkan kepakaran, memperoleh pengiktirafan antarabangsa dan menyumbang kepada kemajuan industri perancah di peringkat global,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini